Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 71
total visitor Jumlah Pelawat 12,997,321
Kuching menjadi tumpuan festival cahaya dan flora
Tarikh : 03 Oct 2025  Sumber Berita: TVS
 
Bandar raya Kuching bakal disinari cahaya sempena Kuching Heritage Lights and Floral Festival 2025 dari 3 sehingga 8 Oktober.
KUCHING, 2 Okt: Bandar raya Kuching bakal disinari cahaya bersempana Kuching Heritage Lights and Floral Festival 2025 yang berlangsung dari 3 hingga 8 Oktober ini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), festival yang berlangsung di Tebingan Kuching itu dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Penganjuran festival bukan sekadar menyerikan landskap bandar, malah memperkukuh imej Kuching sebagai sebuah bandar raya indah, kreatif dan berdaya huni, selain meningkatkan daya tarikan pelancongan.

“Festival kali ini akan menampilkan pencahayaan ikonik di tiga lokasi utama iaitu Bangunan Ibu Pejabat DBKU Bukit Siol, Tebingan Kuching dan E-Penambang  yang dijangka menjadi mercu tanda baharu panorama malam bandar raya ini,” menurut kenyataan tersebut.

Selain itu, pengunjung turut disajikan dengan Pameran Festival Floral yang mempamerkan kreativiti seni hiasan flora, menggabungkan keindahan alam dan teknologi moden dalam pengalaman visual memukau.

Festival terbuka kepada semua lapisan masyarakat, manakala acara kemuncak bakal diserikan dengan pertunjukan bunga api di Tebingan Kuching pada 5 Oktober, jam 10 malam.