Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 27
total visitor Jumlah Pelawat 7,966,821
Perhimpunan pertubuhan kebajikan haiwan terbesar Asia diadakan di Kuching
Tarikh : 08 Mar 2023  Sumber Berita: Utusan Borneo(PressReader)
 


SERTAI KAMI: Dr Sim (empat kanan) bersama yang lain menunjukkan poster AFA 2023 pada sidang media di BCCK semalam.

Kuching bakal menghoskan perhimpunan pertubuhan kebajikan haiwan terbesar Asia dengan penganjuran Asia for Animals (AFA) Sarawak Conference 2023 pada 11-14 Oktober depan.

Presiden SSPCA Datin Dona Drury-Wee berkata, persidangan yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu bertujuan mempromosikan kebajikan haiwan dan pengurusan hidupan liar di wilayah Asia Pasifik.

Persidangan bertema ‘Pendidikan dan Keterlibatan Membawa Perubahan’ itu dianjurkan oleh Gabungan AFA dengan kerjasama Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan Sarawak (SSPCA) dan disokong Business Events Sarawak (BESarawak).

“Persidangan dwitahunan ini bertujuan berkongsi maklumat, memberi penekanan kepada amalan terbaik serta membentuk strategi-strategi bagi meningkatkan kehidupan haiwan di Asia,” katanya pada sidang media di BCCK di sini, semalam.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Susin Ambud, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi

Reduan dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng.

Dona berkata beliau berasa bangga kerana Sarawak, Kuching khasnya berjaya dalam bidaan menjadi tuan rumah persidangan itu buat kali kedua meskipun berdepan dua pembida utama.

“Kami mendapati persidangan AFA menyediakan kita landasan bagi memberi aspirasi dan mendidik masyarakat kita, sukarelawan, kakitangan, pekerja pihak berkuasa tempatan (PBT), pada masa sama sesi libat urus seterusnya menyampaikan mesej kepada belia hari ini,” katanya.

Sementara itu Dr Sim berkata, AFA 2023 merupakan program komprehensif kerana meliputi topik meluas mengenai kebajikan haiwan.

“Persidanganiniakanmenyentuh lima bidang utama iaitu

kesihatan manusia dan haiwan, komunikasi, pendidikan dan penyelidikan, interaksi manusia dengan haiwan, perdagangan hidupan liar dan pusat menyelamat dan dalam kapasiti haiwan,” katanya.

Dr Sim menambah, AFA 2023 menyediakan peluang untuk sesi libat urus menerusi dialog membina serta penyelesaian inovatif kepada cabarancabaran kebajikan haiwan.

“Kita percaya, pendidikan dan keterlibatan, kunci yang membawa kepada perubahan dan kejayaan dalam kebajikan haiwan,” tambah Dr Sim.

Sementara itu pendaftaran awal untuk AFA 2023 kini dibuka dengan mata CPD disediakan.

Mereka yang berminat boleh melayari laman web asiaforanimals.com/conference-2023 atau e-mel ke alcia@placeborneo.com untuk mendapat keterangan lanjut.