Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 41
total visitor Jumlah Pelawat 7,972,178
IIM menerima 47 aduan menerusi Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti
Tarikh : 03 Oct 2022  Sumber Berita: Utusan Borneo(PressReader)
 
SIBU: Institut Integriti Malaysia (IIM) menerima 47 aduan menerusi Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) yang dilancarkan sejak Julai lalu.

Program itu melibatkan empat residensi terpilih di Sarawak iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Daerah Limbang (MDL) dan Majlis Daerah Matu-Daro (MDMD).

Daripada jumlah itu, lima kes melibatkan DBKU, MPS (20), MDL (14) dan MDMD (8).

Bagaimanapun, menurut Pegawai Eksekutif (CEO) IIM Datuk Wan Suraya Wan

Mohd Radzi semua kes itu berjaya diselesaikan.

“Ini adalah hasil penglibatan aktif Jawatankuasa Khas CIB (pemantau) dan komuniti setempat menyalurkan aduan kepada saluran CIB melalui Join Working Group (JWG) CIB dilantik oleh IIM dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Aduan diterima secara tidak langsung membantu kontraktor, penyedia atau pembekal perkhidmatan dalam usaha meningkatkan amalan integriti peringkat penyampaian perkhidmatan serta mengenal pasti tindakan penyelesaian perlu dilaksanakan seperti dalam Service Licensing Agreement

(SLA),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media

setelah merasmikan Majlis Pelancaran Program Kesedaran Pembangunan CIB Sesi

Ke-2 Peringkat Residensi Sibu di sini semalam.

Dalam pada itu katanya,

CIB merupakan program rintis dibangunkan oleh IIM bersama Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION), Jabatan Premier Sarawak.

“Program ini berteraskan konteks tempatan membantu mengenal pasti kaedah penyelesaian terbaik dan bersesuaian bagi meningkatkan pembudayaan dan amalan integriti dalam komuniti setempat, khususnya yang melibatkan PBT, pembekal perkhidmatan dan komuniti tempatan itu sendiri.

Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan simbolik peletakan papan tanda program CIB di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung

Bahagia.

Langkah ini adalah sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat dari segi tanggungjawab, pengetahuan dan sikap ambil peduli terhadap isu-isu di kawasan perumahan setempat.

Turut berucap Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) Adana Jed dan Pemangku Setiausaha MPS Yong Ing Chu.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Desmond Douglas dan Timbalan Pengerusi MPS Kaunselor Bujang Abdul Majid.