Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Pasukan DBKU A julang Piala Datuk Bandar 2022
Tarikh : 22 Sep 2022  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

JUARA: Pasukan DBKU A (tiga dari kiri) bersama Mohamed Khaidir disaksikan oleh wakil penaja Lea Sport Centre, Harfyqri.

KUCHING: Pasukan DBKU A membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul kejuaraan pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Bandar 2022 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, Piala Pusingan dan Piala Iringan.

Manakala naib juara disandang pasukan Sri Sena membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM1,000, piala iringan dan pingat.

Sementara itu, tempat ketiga bersama dimenangi pasukan DBKU B dan KAJAS 12A sekali gus membawa pulang wang tunai RM500 dan pingat.

Sebanyak 32 pasukan terbahagi kepada lapan kumpulan berentap pada kejohanan anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) itu.

Kejohanan tersebut berlangsung di Dewan Serba Guna Petra Jaya, Jalan Stadium

Kuching pada 16 September lalu.

Penaja kejohanan itu ialah Lea Sport Centre dan Sarawak Sport Centre.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang.

Turut hadir Koordinator Kejohanan, Emil Rosainie Mohamad Husaini dan wakil Lea Sport Centre, Harfyqri Kameri.