Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 76
total visitor Jumlah Pelawat 7,970,293
Festival Sukan Permotoran Sarawak pada 17-18 September ini
Tarikh : 15 Sep 2022  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

KUCHING: Festival Sukan Permotoran Sarawak (SMF) yang bakal diadakan di Litar Sukan Permotoran Petra Jaya (PJM) pada 17 dan 18 September ini akan menyaksikan kira-kira 200 peserta berentap dalam acara itu.

Acara akan diadakan di Litar Latihan Sukan Permotoran Petra Jaya, Stadium Sarawak.

Pada 17 September, acara akan bermula pada jam 8 pagi hingga 10 malam manakala pada 18 September, ia akan bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Bayaran masuk ke SFM ialah RM10 seorang dan ia percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Menurut pengerusi penganjur SMF Andy Chong, festival itu akan menyediakan lebih 30 pameran produk dan perkhidmatan automotif yang didatangkan dari Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Festival itu akan mengadakan pertunjukan automotif dan audio, hari terbuka trek latihan PJM, aktiviti go-kart dan pertunjukan motosikal.

“Turut diadakan, drifting, gymkhana, pertunjukan ‘time attack’ dan peraduan fotografi dan videografi automotif,” kata Andy pada sidang media SMF yang diadakan di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada Rabu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang, dan timbalan presiden PJM Tony Teo.

(Dari kiri) Mohamed Khaidir, Junaidi, Sylvester, Tony, dan Andy memegang poster SMF. (Dari kiri) Mohamed Khaidir, Junaidi, Sylvester, Tony, dan Andy memegang poster SMF.

Pertunjukan Gymkhana adalah acara masa atau kelajuan dalam kereta yang menampilkan halangan seperti kon, tayar, dan tong.

Pemandu mesti memandu melalui 'trek' yang telah ditetapkan dengan melakukan pelbagai teknik pemanduan berbeza.

Andy juga menjangkakan kira-kira 3,000 pengunjung akan menghadiri festival itu.

Sementara itu, setiausaha PJM Sylvester Reggie berkata, SMF adalah acara kali keempat sejak ia mula diperkenalkan enam tahun lalu.

"Festival ini akan diadakan secara besar-besaran pada tahun ini. SMF tahun ini akan lebih hebat, lebih meriah dan lebih kuat berbanding tahun-tahun sebelumnya," katanya.

Acara itu juga katanya, merupakan pameran dan platform untuk pencinta motor merasai semua aktiviti berkaitan motor.

Melaluinya juga, belia dan dewasa muda akan dapat mempamerkan minat, hobi dan bakat mereka, tambahnya.

"Kami juga boleh meningkatkan rangkaian dan bertukar-tukar pengetahuan. Kami percaya ia akan menyumbang kepada piawaian yang lebih tinggi dalam senario automotif di Sarawak," kata Sylvester.

Beliau juga menambah bahawa perjalanan SFM adalah rancangan jangka panjang kerana mereka (PJM) merancang untuk mengembangkannya lagi tahun depan.

“Kami berharap ia dapat menarik lebih ramai peserta di peringkat antarabangsa, tetapi ia masih dalam perbincangan,” katanya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan ketika sidang media menyatakan pihaknya (DBKU) berbesar hati untuk memudahkan acara seumpama ini di Kuching.

Beliau juga menekankan bahawa semua orang harus memastikan kemudahan-kemudahan semasa acara itu selamat digunakan untuk peserta dan pengunjung, selain memaklumkan orang ramai untuk sentiasa memastikan kebersihn bandar selepas mengadakan sebarang acara.