Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 24
total visitor Jumlah Pelawat 8,080,529
DBKU anjur Clean Kuching City Virtual Run 2021
Tarikh : 06 Jul 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
 DBKU menganjurkan Clean Kuching City Virtual Run 2021 sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching.
SERTAI KAMI: DBKU menganjurkan Clean Kuching City Virtual Run 2021 sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching.

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurkan Clean Kuching City Virtual Run 2021 sempena Bulan Kebersihan Bandaraya Kuching.

Dalam kenyataannya semalam, program ini melibatkan aktiviti larian sejauh 33 kilometer dalam tempoh masa ditetapkan bermula 10 hingga 31 Julai ini.

“Pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara atas talian di www.dbku.events bermula 5 hingga 20 Julai ini,” kata kenyataan itu.

Peserta perlu menghantar keputusan larian ke alamat e-mel komunitidbku@gmail.com sebelum 5 Ogos 2021.

Keputusan itu perlu mengandungi maklumat seperti rekod larian dalam aplikasi contoh Strava, Samsung Health, Garmin, Nike Run, Runkeeper dan lain-lain didaftar atas nama peserta itu.

Selain itu, gambar peserta melakukan aktiviti larian serta butiran diri seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan tarikh serta emel dihantar oleh peserta.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan Komuniti di talian 082-236223.