Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 38
total visitor Jumlah Pelawat 8,068,874
Tiga Bazar Ramadan DBKU beroperasi semula
Tarikh : 26 Mar 2021  Sumber Berita: Sarawak Voice
 

 Tiga Bazar Ramadan DBKU beroperasi semula

KUCHING: Bazar Ramadan Satok yang terkenal dan lokasi tumpuan penduduk bandar ini sebelum ini kembali meriah dengan adanya keputusan membukanya kembali selepas ia dibatalkan tahun lalu akibat pendemik Covid-19.

Dua lagi bazar turut dibuka di kawasan pentadbiran DBKU iaitu di Semarak dan Sukma Ria.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, keputusan pembukaan ketiga-tiga bazar Ramadan dibuat selepas mendapat pandangan daripada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Ketua Menteri bersetuju bazar Ramadan kembali dibuka, namun peniaga dan orang ramai perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

“Susunan meja juga akan mengikut kluster (makanan dan minuman) bagi mengelak keadaan terlalu sesak,” katanya pada sidang media bersama Menteri Bertanggungjawab DBKU di sini, semalam.