Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 53
total visitor Jumlah Pelawat 7,966,728
COVID-19: Kuching kekal zon kuning
Tarikh : 25 Jul 2020  Sumber Berita: Berita Harian
 
Anggota polis dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjalankan Operasi Pemantauan dan Pematuhan SOP di premis perniagaan sekitar Kuching. - NSTP/NADIM BOKHARI
Anggota polis dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjalankan Operasi Pemantauan dan Pematuhan SOP di premis perniagaan sekitar Kuching. - NSTP/NADIM BOKHARI

KUCHING: Kuching masih berstatus zon kuning walaupun berlaku peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di bandar raya itu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan perkara itu dalam kenyataan di sini, malam ini.

"Kuching masih berstatus zon kuning selepas merekodkan 39 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lalu.

"Jumlah daerah di Sarawak yang berstatus kuning kekal tiga iaitu Kuching, Samarahan dan Bau.

"Zon hijau iaitu tidak merekodkan kes positif dalam tempoh 14 hari kekal 37 daerah," katanya.

JPBN turut menyediakan langkah yang akan dicadang untuk dilaksanakan sebagai persediaan jika Kuching bertukar menjadi zon merah.

Katanya, keadaan semasa masih dinilai dan dipantau setiap hari oleh semua agensi dan jabatan terbabit,

"Langkah seterusnya akan diumumkan apabila tiba waktunya dan orang ramai diharap terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.