Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 29
total visitor Jumlah Pelawat 7,967,389
Rakyat pulang dari luar negara perlu kuarantin 14 hari di destinasi terakhir di Sarawak - Uggah
Tarikh : 24 Jun 2020  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
Uggah pada sidang media perkembangan COVID-19 di Sarawak, hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi 

KUCHING: Warganegara Malaysia pulang dari luar negara termasuk yang mempunyai penerbangan transit pada hari sama perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di destinasi terakhir mereka di Sarawak, demikian kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini.

Pengerusinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ujian polymerase chain reaction (PCR) COVID-19 akan diambil pada hari kedua.

“Jika keputusan mereka negatif, mereka akan menyambung baki kuarantin di rumah. Ujian COVID-19 kedua akan diambil selepas hari ke-10,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.

Uggah berkata, JPBNS turut memutuskan untuk membenarkan warganegara Indonesia yang mempunyai permit kerja sah masuk ke Sarawak, namun wajib menjalani kuarantin selama 14 hari. 

“Kos kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan dan ujian COVID-19 pada hari ketibaan dan hari kesepuluh akan ditanggung oleh majikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Jabatan Tanah dan Survei telah menetapkan prosedur pengendalian standard (SOP) bagi sektor pemindahan bahan batuan dan perlombongan, berkuat kuasa serta merta.

“Kementerian Pengangkutan Sarawak juga telah menetapkan SOP untuk operasi teksi dan e-hailing. SOP ini berkuat kuasa serta merta.

“Manakala Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menetapkan SOP untuk semua pasar tani di bawah tanggungjawab DBKU yang berkuat kuasa pada 26 Jun 2020,”ujarnya.

Sementara itu, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membuat penambahbaikan SOP untuk sektor makanan (berpremis/peruncitan/serbaneka).

“Semua SOP boleh dimuat turun di laman sesawang Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (https://mlgh.sarawak.gov.my/),” katanya.

Bagi pengoperasian mesin juruwang automatik dan mesin deposit wang pula katanya, ia sudah dibenarkan beroperasi 24 jam.

Dalam pada itu, Uggah berkata, berkuatkuasa  15 Julai depan, pengawasan masyarakat akan diadakan di seluruh Sarawak, melibatkan komuniti setempat dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Ini adalah satu dasar yang direka kerajaan persekutuan dan kita terima pakai dan kita akan menyesuaikannya dengan keadaan di Sarawak. Kita akan melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
NGO, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), rukun tetangga dan NGO-NGO yang lain,” ujarnya.

Menurutnya, arahan telah diberikan kepada JPBN peringkat bahagian supaya mereka mengatur satu majlis penerangan kepada semua yang terlibat agar memahami peranan masing-masing.

“Dalam fasa pemulihan ini, kita mula untuk didik orang awam dan minta kerjasama JKKK supaya mereka juga memainkan peranan untuk bersama melihat bagaimana pelaksanaan SOP dan sebagainya,” tambah beliau.