Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 34
total visitor Jumlah Pelawat 8,074,895
BKSS: Peniaga kecil tiada lesen perlu isi borang
Tarikh : 23 Apr 2020  Sumber Berita: Suara Sarawak
 

KUCHING: Peniaga kecil dan penjaja yang masih belum mempunyai lesen atau permit di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) boleh mengisi borang pendaftaran yang dimuat turun daripada Laman Web DBKU di https://dbku.sarawak.gov.my.

DBKU dalam suatu kenyataan berkata, terdapat beberapa dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang pendaftaran tersebut seperti salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan, gambar terkini pemohon, gambar gerai atau tempat berniaga, dokumen sokongan pengesahan perniagaan dan gambar lesen komposit atau permit jika berkenaan.

Menurutnya, ia susulan pengumuman Ketua Menteri berkenaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang fasa kedua dengan para peniaga kecil dan penjaja yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bakal menerima geran khas berjumlah RM1,500 menerusi akaun Sarawak Pay.

Kenyataan tersebut berkata, borang yang telah diisi bersama dengan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dihantar ke Bahagian Pelesenan DBKU

. “Kaunter akan dibuka bermula jam 8:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari pada Isnin hingga Khamis dan 8:30 pagi sehingga 11:30 pagi pada Jumaat.

“Tarikh tutup pendaftaran adalah sehingga 31 Mei ini dan jika orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi talian 082-234654 atau 082-234657,” kata kenyataan itu.

Bantuan khas tersebut seperti yang diumumkan sebelum ini akan diberi kepada peniaga kecil dan penjaja yang berdaftar bersama PBT.  Pembayaran akan dibuat secara kredit ke akaun Sarawak Pay kepada penerima yang telah mengemukakan maklumat lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan layak.

Malah, bayaran akan dibuat secara dua kali iaitu fasa pertama sebanyak RM750 mulai April dan Mei dan fasa kedua sebanyak RM750 mulai Jun dan Julai.