Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 20
total visitor Jumlah Pelawat 7,972,558
Kakitangan DBKU diingat amal pendekatan mesra pelanggan
Tarikh : 15 Feb 2020  Sumber Berita: PressReader
 

TAHNIAH: Junaidi (kanan) menyampaikan anugerah dan hadiah Hari Integriti dan Inovasi dan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2019 kepada salah seorang penerima semalam. Turut kelihatan Morshidi (tengah).

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Datu Junaidi Reduan mengingatkan seluruh kakitangannya agar sentiasa mengamalkan pendekatan mesra rakyat ketika menawarkan perkhidmatan atau berurusan dengan orang ramai.

Menurut beliau, majikan sebenar kakitangan DBKU adalah orang awam dan pelanggan yang sentiasa mempunyai hak untuk menentukan apa yang dimahukan mereka.

“Bos sebenar bukan pengarah, bukan Datuk Bandar, bukan ahli politik. Oleh itu, anda perlu melayan mereka (orang ramai) dengan baik.

“Mereka membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kita, sudah tentu mereka juga mengharapkan perkhidmatan yang baik daripada pihak kita.

“Walaupun aduan atau permintaan mereka kadang kala amat keterlaluan, dan kita pada masa yang sama tidak mempunyai masa atau kekurangan kakitangan, tetapi mereka masih perlu dilayan dengan baik,” ujarnya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan DBKU di Auditorium DBKU di sini, semalam.

Junaidi juga mengingatkan kakitangan DBKU agar lebih berdisiplin, komited, menyemai rasa kepunyaan dalam organisasi dan bekerjasama sebagai satu pasukan.

Jika demikian katanya, setiap tanggungjawab dan pekerjaan yang diberikan sudah tentu akan dapat dilaksanakan dengan hati yang ikhlas dan baik serta memberi gambaran yang baik kepada orang ramai mengenai DBKU.

“Ruang terbesar di dunia ini adalah ruang untuk penambahbaikan. Kita harus memikirkan bagaimana untuk memperbaiki diri kita sendiri,” tambahnya.

Pada majlis itu, Junaidi turut menyampaikan anugerah dan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sempena Hari Integriti dan Inovasi dan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2019.

Selain itu, kakitangan DBKU yang bersara wajib dan bersara pilihan menerima sijil penghargaan atas perkhidmatan mereka, manakala sesi perkenalan dengan kakitangan baharu juga diadakan.

Turut hadir Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.