Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
DBKU Rancang Pelbagai Aktiviti Indahkan Tebingan Kuching
Tarikh : 07 Jan 2020  Sumber Berita: TVS
 

KUCHING: Tebingan Kuching ataupun Kuching Waterfront sememangnya menjadi tarikan pelancong dan telah menjadi destinasi wajib kunjung.

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, pihak DBKU akan merancang pelbagai program untuk mengindahkan lagi kawasan tersebut.

Beliau berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk memastikan kebersihan di kawasan tersebut terjaga.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Fotografi dan Video Pendek OKSHe di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkara berkaitan air bersih di Sarawak, beliau memberitahu bahawa sebanyak 56 pakej kedua projek bekalan air alternatif Sarawak (SAWAS) akan dilaksanakan pada tahun ini dan tahun hadapan.

Jelas beliau, projek SAWAS yang bermula sejak 2017 adalah untuk menyelesaikan masalah air bersih di kawasan luar bandar yang tidak dapat disambungkan dengan grid air utama.

Katanya lagi, projek tersebut merupakan usaha Kerajaan Sarawak untuk memastikan seluruh kawasan Sarawak mendapat bekalan air bersih 100 peratus menjelang 2025.