Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 27
total visitor Jumlah Pelawat 8,066,694
Sokong siapa sahaja datuk bandar baharu MBKS
Tarikh : 02 Aug 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo
 
JAMES CHAN JAMES CHAN

KUCHING: Ahli majlis mesti bekerjasama rapat dengan datuk bandar serta komuniti untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) diwakili dapat memberi perkhidmatan berkualiti.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk James Chan berkata tidak kira siapa bakal dilantik sebagai datuk bandar MBKS yang baharu, semua ahli mesti memberi kerjasama dan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Ini penting katanya, bagi memastikan MBKS dapat memastikan bandar raya Kuching tempat lebih baik untuk didiami.

Ditanya mengenai penggantinya selepas tempoh perkhidmatan beliau tamat pada 31 Ogos ini, Chan berkata ia adalah hak keistimewaan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kabinet negeri membuat keputusan.

“(Itu) saya serahkan kepada kerajaan untuk membuat keputusan. Datuk bandar mesti seorang yang dapat bekerjasama dengan ahli-ahli majlis,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Memperingati Hari Bandar Raya Kuching Ke-31 di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini semalam.

Menurutnya, Ketua Menteri telah berkongsi pelan pembaharuan bandar untuk bandar raya Kuching dengan estet perumahan strategik bakal dibina bagi memenuhi keperluan rakyat khususnya warga pekerja pada masa akan datang.

Justeru ujarnya, setiap ahli majlis sama ada di bawah MBKS atau Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) harus memastikan cadangan Abang Johari itu menjadi kenyataan demi kepentingan komuniti bandar.

“Perkhidmatan itu sangat penting. Jawatan bukan perkara pokok,” ujarnya.

Chan yang dilantik sebagai datuk bandar MBKS sejak 1 Jun 2018, berkata beliau gembira serta bangga kerana dapat berkhidmat kepada komuniti bandar raya ini dengan sebaik mungkin.

“Ketika pertama kali dilantik sebagai datuk bandar, saya tidak tahu bagaimana hendak bekerja tetapi saya menggunakan pengalaman saya bekerja di syarikat korporat sebelum ini untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Sebelum dilantik sebagai datuk bandar MBKS, Chan merupakan pengurus besar anak syarikat Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan merupakan datuk bandar MBKS yang kedua bukan daripada parti politik.

Chan dilantik menggantikan Chong Ted Tsiung, juga bukan daripada parti politik. Chong meninggal dunia pada Ogos 2007.