Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkuflickr
dbkufb
Kuching Ke Arah Bandar Hijau, Penggunaan Bekas Polisterin Di Bazar Ramadan Dilarang
Tarikh : 07 May 2019  Sumber Berita: Lejen Press
 

Demi impian menjadikan bandar Kuching ke arah bandar hijau, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menegaskan peniaga bazar Ramadan untuk tidak menggunakan bekas polisterin.

Inisiatif ini sudah bermula sejak tahun 2018 dan DBKU mengharamkan penggunaan bekas polisterin di bazar Ramadhan Satok, Semarak dan Sukma Ria yang berkuatkuasa pada hari pertama berpuasa semalam.

Sumber: pinterest.com

Mereka juga menyarankan bahawa orang ramai membawa bekas makanan sendiri apabila membeli makanan di bazar. Bagi peniaga, mereka seharusnya mengetahui sumber makanan yang dijual dan memastikan makanan disediakan dalam keadaan bersih dan selamat.

Bazar Ramadan Satok dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam. Antara tetamu yang hadir ialah Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, Menteri Kerajaan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian dan Persuruhanjaya DBKU, Datuk Wee Hong Seng.

Kedatangan bazar Ramadan sememangnya ditunggu-tunggu ketika bulan puasa sama ada orang Muslim atau bukan Muslim. Pelbagai jenis juadah yang disediakan seperti murtabak, bubur lambuk dan tapai madu iaitu menu wajib untuk dibeli di bazar Ramadan Satok.