Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Pelawat Di Talian 18
total visitor Jumlah Pelawat 7,968,793
DBKU laksana beberapa inisiatif baharu pada 2019
Tarikh : 30 Nov 2018  Sumber Berita: Press Reader
 

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan melaksanakan beberapa inisiatif baharu tahun depan untuk memastikan budaya inovasi dan kepentingan warga kerja menjadi agenda utama pengurusan.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, inisiatif itu merangkumi cadangan penstrukturan semula organisasi, permohonan atas talian, kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif dan Kreatif), KIK Hybrid, Pengurusan LEAN, KFA (Key Focus Area) dan HPT (High Performance Team) serta Majlis Agenda DBKU 2019.

“Kesemua inisiatif baharu ini akan kita laksanakan dan teruskan dalam tahun 2019. Tujuan kita mengambil inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha kita untuk memastikan budaya inovasi serta kepentingan warga kerja DBKU terus menjadi agenda utama dalam pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Integriti dan Inovasi serta Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DBKU 2018 di Auditorium DBKU di sini, Rabu lepas.

Majlis itu disempurnakan Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip.

Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), Abang Wahap berkata, DBKU tidak terkecuali meletakkan inovasi sebagai penanda aras baharu dalam penyampaian perkhidmatannya kepada warga kota.

Katanya, ini kerana penguasaan pengetahuan baharu dan terkini akan membolehkan warga kerja DBKU berfikir secara kreatif bagi menjana idea baharu dan memenuhi kehendak serta keperluan warga kota dan pihak berkepentingan.

“Sebab itu, kita memberi keutamaan kepada pengukuhan tahap intelektual dan penyuburan budaya ilmu dalam organisasi agar terus relevan dengan peredaran zaman,” katanya.

Malah, tambahnya sikap integriti dalam kalangan warga kerja DBKU sentiasa diberi perhatian agar terus menjadi amalan seharian dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

Abang Wahap dalam pada itu memberitahu, sejak ditubuhkan sehingga kini, DBKU telah menerima 170 anugerah dan pengiktirafan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Terbaharu, kita menerima Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Ini merupakan standard yang keenam yang telah diperolehi DBKU.

“Terima kasih teutama kepada pihak SAINS (Sarawak Information Systems Sdn Bhd) kerana banyak membantu dalam usaha kita untuk mendapat pensijilan tersebut,” ujarnya.