Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


082-446688
aduan@dbku.gov.my
Peta Lokasi
Muzium KucingMuzium Kucing

PENGENALAN

Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara telah diamanahkan untuk menguruskan  Muzium Kucing oleh Kerajaan Negeri Sarawak sejak ia dirasmi  oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak,  Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammad Noor pada 6 November 1993 yang bertempat  Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching.

Kebanyakkan dari koleksi yang terdapat di Muzium Kucing merupakan koleksi peribadi Dato’ Shahrum bin Yub, Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur yang pernah dipamerkan dalam Pameran “Kehebatan Kucing” di Galeri Muzium Negara, Kuala Lumpur  yang dibuka rasmi oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada 25 November 1987.

Harapan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak untuk menubuhkan Muzium Kucing adalah tercapai apabila kerajaan negeri Sarawak membeli kesemua  koleksi peribadi Dato’ Shahrum bin Yub, Bekas Ketua Pengarah, Jabatan Muzium Negara, Kuala Lumpur yang berharga RM 350,000/- yang melibatkan kira-kira 2,500 koleksi kucing (Patung/Artifak Kucing yang diperbuat dari batu marmar, gelas, kristal, tembaga, seramik, porselin, memorabilia, lukisan lakaran, gambar dan lain-lain).

Pembelian koleksi kucing tersebut adalah bertepatan dengan bandar Kuching mendapat status bandaraya dalam tahun 1988. Koleksi tersebut telah dibawa ke bandaraya Kuching untuk penjagaan pihak Jabatan Muzium Sarawak sementara  menunggu sebuah muzium kucing yang ditubuhkan khas untuk menempatkan koleksi tersebut. Koleksi tersebut telah dipamerkan di dalam galeri khas buat pertama kalinya pada 1 Ogos 1988 di Dewan Tun Abdul Razak yang telah dirasmikan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Kerja-kerja berkaitan pengumpulan koleksi kucing ini terus dijalankan sehingga ia diserahkan pengurusannya kepada pihak Dewan Bandaraya Kucing Utara dengan tertubuhnya Muzium Kucing untuk ditempatkan di  Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, Bukit Siol, Jalan Semariang, 93050 Petra Jaya, Kuching.


LOKASI

Muzium Kucing terletak di Aras Bawah, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kuching Utara di Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, Kuching. Bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara terletak di puncak Bukit Siol dengan ketinggian 60 meter di atas paras laut, yang mempunyai pemandangan yang cantik menghadap Bandar Raya Kuching yang indah.

Keluasan kawasan Muzium Kucing merangkumi 1,035.0 meter per segi yang mempunyai sebanyak empat galeri utama dan mempunyai lebih daripada 4,000 artifak kucing termasuk lukisan, memorabilia dan lain-lain.

MASA LAWATAN

Isnin - Ahad : 9.00am - 5.00pm (Kecuali Cuti Umum)

| ATAS |

KOLEKSI KUCING YANG MENAKJUBKAN

GALERI A

  • Santubong (Ibu Negeri Sarawak Yang Pertama)
  • Bagaimana Bandar Raya Kuching Mendapatkan Nama?
  • Kuching Dahulu
  • Rajah-Rajah Putih Negeri Sarawak
  • Gabenor-Gabenor Semasa Pemerintahan Koloni di Sarawak
  • Pejuang-Pejuang Sarawak
  • Presiden-Presiden Majlis Perbandaran Kuching
  • Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan
  • Bandar Raya Kuching Sekarang
  • Galeri Orang Kenamaan
  • Pengenalan Mengenai Kucing
  • Kucing Dalam Masyarakat Melayu
  • Kucing Dalam Masyarakat Cina
  • Cerita Dongeng Kaum Iban
  • Maneki-Neko (Kucing Mengundang)
  • Kucing Dalam Masyarakat Jepun
  • Koleksi Satora Tsuda

GALERI B

  • Kucing Membongkok
  • Kucing Bergaduh
  • Kucing Pada Zaman Mesir Purba
  • Tempat Kucing Berjalan
  • Kucing Tidur
  • Kucing Bermain
  • Thomas Stearns Elliot
  • Ikan Sembilang
  • Koleksi Lukisan Kucing Nakahama Minoru
  • Kucing Dalam Kesenian Timur
  • Kucing Dalam Kesenian Moden Barat
  • Kucing Dalam Setem
  • Koleksi Jane Yap Jian Yi

GALERI C

  • Lima Peringkat Usia Kucing
  • Perkuburan Kucing
  • Mengangkat dan Memegang Kucing
  • Misai Kucing
  • Mata Kucing
  • Kucing Dalam Kad
  • Kucing Dalam Poster
  • Berbagai Jenis Baka Kucing
  • Galeri Kucing Hutan Borneo
  • Gua Kucing
  • Kucing Hutan Norway
  • Kucing Bengal
  • Kucing Dalam Muzik
  • Kucing Dalam Pengiklanan
  • Kucing Dalam Zaman Pertengahan
  • Kucing Tidak Bertuan

GALERI D

  • Koleksi Barangan Garfield
  • Koleksi Buku-Buku Kucing
  • Sudut Kanak-Kanak
  • Kucing Sebagai Teman
  • Koleksi Barangan Hello Kitty
  • Galeri Kucing Sarawak
  • Pameran Kucing Kontemporari
  • Cenderamata Daripada Pencinta-Pencinta Kucing

THE RAREST BAY CAT MUMMIFIED CAT CAT FUNERAL
MANEKI-NEKO CAT PHOTOGRAPHY KIOSK CAT WOMAN COLLECTION

| ATAS |