Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


082-446688
aduan@dbku.gov.my
Peta Lokasi
Bunga Rasmi BandarayaBunga Rasmi Bandaraya

 


 

Bunga Allamanda atau Kecobong adalah bunga rasmi Bandaraya Kuching Utara  di mana warna kuning terang dan kehijauan daunnya menyamai korporat DBKU. Bunga Kecobong ada dua jenis; Allamanda Cathartica(menjalar) dan Dwarf  Allamanda (renek).

Bunga ini berasal dari Guyana dan Brazil di Amerika Selatan namun ia telah ditanam di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu. Bunga ini sangat sesuai ditanam di Negara kita dan mampu menghindar dari jangkitan parasite dan serangan serangga.

Oleh kerana ia senang ditanam, bunga ini tumbuh dengan kadar yang cepat dan menghasilkan bunga sepanjang tahun. Ia sesuai ditanam di tepi jalan, dalam taman dan laman. Sebagai bunga bandaraya, cirinya yang tahan lama dan warnanya yang ceria menjadikan Bandaraya Kuching Utara sentiasa cantik dan indah sepanjang tahun.