Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


082-446688
aduan@dbku.gov.my
Peta Lokasi
Program "EM Bokashi Home Composting"Program "EM Bokashi Home Composting"

Program ini merupakan salah satu program pengurangan sampah yang dijalankan oleh DBKU bagi menggalakkan wargakota mengkompos sampah organik terutama sekali sampah organik dari dapur untuk dijadikan baja organik. “EM Bokasi Home Composting” amat mudah dipratikkan, di mana proses pengkomposan ini tidak mendatangkan masalah bau dan boleh diletakkan di dapur bagi memudahkan membuang sisa organik kedalamnya.

Baja organik digunakan untuk berkebun di rumah dan amat baik untuk tanah dan tanaman. Cecair yang terhasil dari pengkomposan ini dapat digunakan sebagai agen pencuci longkang selain dari menjadi baja cecair untuk tanaman.

Pemberian kit “EM Bokashi Home Composting” ini adalah percuma bagi wargakota yang tinggal dalam kawasan DBKU sahaja. Pemohon perlu mendaftar dengan Pejabat Kesihatan Persekitaran, DBKU untuk mendapatkan kit ini termasuk latihan. Penyertaan berkumpulan adalah digalakkan bagi membolehkan DBKU membuat pemantauan.