Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Hubungi Kami :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya

93050 Kuching Sarawak


082-446688
aduan@dbku.gov.my
Peta Lokasi
SejarahSejarah

Bandaraya Kuching

Kuching telah dinaiktaraf kepada status Bandaraya pada 1 Ogos 1988 setelah berjaya mematuhi prosedur dan keperluan.

Permohonan untuk Kuching dinaiktaraf kepada status Bandaraya merupakan kehendak penduduk. Petisyen tersebut telah dibawa oleh Pengerusi KMC kepada Menteri yang bertanggungjawab untuk Kerajaan Tempatan yang telah mengusulkan usul mengenai perkara tersebut. Justeru pada 18 Julai 1984, usul tersebut telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri. Kedua dua petisyen Dan usul tersebut telah diperkenan oleh Yang DI-Pertua Negeri pada bulan Oktober 1985. Seterusnya, perkara tersebut telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk diperkenankan oleh Perdana Menteri. Pada 3 Julai 1986, resolusi tersebut telah diperkenan setelah Majlis Raja Raja berpuashati bahawa semua kriteria telah dipenuhi.

Untuk sebuah bandar dinaiktaraf kepada sebuah bandaraya, kualiti yang diperlukan adalah:

  • Kebebasan dalam kewangan untuk pengurusan dan pembangunan
  • Menjadi pusat perdagangan dan perniagaan untuk kawasan sekitarnya dan pekan berhampiran.
  • Menjadi sumber inspirasi untuk pembangunan kawasan sekitarnya dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, jumlah institusi kewangan, populasi dan pembangunan kawasan.

  • Kawasan yang luas dan populasi berbanding dengan keseluruhan negara.

  • Merupakan pusat pentadbiran Negeri dan terkenal dengan amalan efesien
  • Destinasi bersejarah bagi pelancong
  • Pusat Kesenian, kebudayaan, literasi, pusat sambutan keramaian rasmi, sukan dan aktiviti olahraga peringkat kebangsaan.
  • Permandangan taman yang indah

  • Pusat pengajian tinggi peringkat antarabangsa

  • Pusat kajiselidik tersohor dan

  • Perpustakaan terbilang


Pengurusan Bandaraya

Bandaraya Kuching dibahagi kepada 2 kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - Pensuruhjaya Kuching Utara dan Datuk Bandar untuk Kuching Selatan.

Bandaraya Kuching Selatan merangkumi sebahagian besar kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC). Oleh sebab ianya masih di bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan, bidang kuasa serta fungsi di bawah Ordinan KMC masih dikekalkan dengan sedikit perubahan.

Bandaraya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Kuching Rural District Council (KRDC) dahulu. Ia juga termasuk kawasan KMC. Oleh kerana ianya bulan Kerajaan Tempatan, Bandaraya Kuching Utara adalah di bawah kawal selia Suruhanjaya   yang dibantu oleh Lembaga Penasihat. Suruhanjaya tersebut merupakan badan korporat  bertanggungjawab terus kepada Ketua Menteri. Bidang kuasa dan fungsi Suruhanjaya adalah termaktub dibawah Ordinan Bandaraya Kuching Utara, yang mana berasaskan model Bandaraya Kuching Selatan.

Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efesien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua dua kawasan. Ini akan memastikan Bandaraya Kuching Selatan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan Bandaraya Kuching Utara, yang mana dibawah kawalselia KRDC.


Pengisytiharan Dua Datuk Bandar Yang Pertama

Pada 1 Ogos 1988, 2 anak jati Sarawak, Dr Yusoff Hanifah dan Encik Song Swee Guan telah dilantik secara rasmi oleh Yang Di-Pertua Negeri sebagai Pensuruhjaya Bandaraya Kuching Utara dan Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan.