Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Contact Us :

DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA
Bukit Siol, Jalan Semariang Petra Jaya
93050 Kuching Sarawak

dbkuchannel
dbkufb
DBKU Instagram
online visitor Online Visitors 33
total visitor Total Visitors 7,971,298

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya juga maka kita dapat bersua sekali lagi di Majlis Agenda DBKU 2018. Sepertimana tahun sebelumnya, Majlis Agenda DBKU diadakan sebagai acara pembuka tirai dan merupakan arena perkongsian maklumat dan halatuju perancangan kami pada tahun 2018 bersama warga Bandaraya Kuching.

Melalui majlis ini juga pelbagai aktiviti menarik telah disediakan seperti Mini UTC, Ekspo Digital #MA2018, Pameran KomunitiKU, Perpustakaan Mini, Ceramah Perdana DUKE, DapurKU, Flea Market, Food Truck, DBKU On The Move, Kiddies Corner, Games Pavillion, DBKU i-Share Session, Unity in Diversity Martial Arts Showcase, Light & Laser Show, Fireworks, Konsert Millenia 2018, Jom Berekot 2.0, Agenda Amazing Race, Musical Sunday Kick Off, Busking, The North Band Show dan #MA2018 Tree Planting.

Saya percaya penganjuran pelbagai aktiviti sebegini bukan sahaja menarik perhatian warga Bandaraya Kuching malahan mampu menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negeri untuk berkunjung ke Majlis Agenda DBKU 2018. Selain itu, ianya juga berupaya memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat dan mengeratkan hubungan sesama kita.

Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang mentadbir Bandaraya Kuching, adalah menjadi tanggungjawab DBKU untuk memastikan Bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar raya yang berdayahuni dan dinamik serta sentiasa cantik, bersih dan selamat untuk didiami oleh warganya. Selain itu, kami juga ingin memastikan Bandaraya Kuching sebagai sebuah bandar raya yang maju dan berkapasiti tinggi seiring dengan peredaran zaman yang mana semua maklumat berada di hujung jari.

Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Sarawak sangat komited terhadap mentransformasikan ekonomi digital dan dengan itu, Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang merangkumi 47 tindakan strategi transformasi ekonomi digital telah dilancarkan.Tindakan-tindakan strategi ini telah menetapkan hala tuju Sarawak untuk melonjak ke dalam ekonomi digital, sekali gus menjadi barisan hadapan dalam dunia digital. Sehubungan itu, DBKU juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama mendukung serta merealisasikan ekonomi digital di Bandaraya Kuching ini dengan menjadikan “DIGITILISATION TOWARDS SMART AND FRIENDLY CITY” sebagai tema Majlis Agenda DBKU 2018.

Justeru dengan pelancaran Sacofa Open Fibre Infra Access (SOFIA) semasa Majlis Agenda DBKU 2018, diharap ianya dapat dimaanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh seluruh warga Bandaraya Kuching. Adalah menjadi harapan saya juga agar kemudahan berteknologi tinggi sebegini dapat membantu Negeri Sarawak untuk menjadi sebuah negeri yang berasaskan teknologi digital tercapai selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Sebelum mengundur diri, pada kesempatan ini, saya menyeru kepada seluruh warga Bandaraya kuching yang budiman untuk terus memberi sokongan yang padu dengan semangat kekitaan serta memberikan yang terbaik untuk Bandaraya Kuching yang kita sayangi ini.

Sekian….

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….


YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI ABANG ABDUL WAHAP BIN HAJI ABANG JULAI

DATUK BANDAR KUCHING UTARA